pelan1Sebelum anda menyertai Rakan Kongsi Sila fahami konsep perkongsian dibawah :-

KONSEP PERKONGSIAN PERNIAGAAN DALAM ISLAM

Pelaburan dalam Islam semuanya ada syarat dan rukun :-

Konsep Mudharabbah
Contoh : Azhar ada satu perniagaan halal tetapi tak cukup modal atau duit dan dia memerlukkan modal.
Sedangkan Jalil ada duit dan dia nak melabur dengan si Azhar. Katakan Jalil hendak melabur
USD10K maka Jalil dipanggil sebagai Rabbulmal ataupun Pemberi Modal.

 

Syarat dalam Islam mestilah :-

 

1. Meletakkan Nisbah Pembahagian Keuntungan misalnya Azhar 70% dan Jalil 30% atau berapapun
dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka hukumnya
halal.

 

2. Rabbulmal ataupun Pemberi Modal tidak boleh menetapkkan keuntungan misalnya tiap-tiap bulan
saya nak USD5K, maka hukum nya Riba’ dan
Haram.

 

3. Tiada Jaminan Atas Modal yang dilaburkan misalnya modal pelaburan Jalil USD10K kalau rugi maka
pelaburan dikira habis atau lenyap.

 

Dalam Pelaburan Islam, kedua-dua pihak Peniaga dan Pelabur sama-sama kena tanggung risikonya.
Sebab Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain.

 

Misalnya, kita melabur dengan kawan kita di Acheh dan ditetapkan tiap-tiap bulan kita dapat 25%.
Tiba-tiba berlaku tsunami di Acheh dan habis semuanya musnah. Kita tidak akan menyangka perkara
sebegitu boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berlaku dan kita mesti sama-sama kena berani menanggung
risikonya.

 

Pelabur yang lenyak tidur, tau-tau tiap-tiap bulan 25% duit masuk sedangkan pihak peniaga kalau rugi
tak dapat tidur, siang malam asyik memikirkan cara bagaimana hendak bayar 25% kepada pelabur.

 

Ini yang tidak dibenarkkan dan diharamkan dalam Islam. Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya
sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan
datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama
kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH yang menentukannya.

“Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia berusaha untuk mengubahnya.
Allah itu maha adil dan Islam itu adil”….
“Jadi kalau tak berani tanggung risiko jangan lah nak melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu
untuk
menambah pendapatan, pun tak kemana juga…………….”.
“Gunung kalau digali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya”.
“Islam menghalalkan jual-beli
tetapi mengharamkan
Riba”.

 sliceofaction

Dalam apa jua perniagaan termasuk juga Forex,modal dan kemahiran amat penting.Jika tiada salah satu dari elemen ini,perniagaan itu pasti gagal.Secara asasnya apa jua perniagaan yang bermodalkan rendah keuntungan juga rendah dan keberangkalian menanggung rugi adalah besar.Jika ada yang berkata ‘modal rendah untung tinggi’,anggaplah saja itu mengarut.Hanya dengan modal yang besar akan jana keuntungan yang besar dan berkekalan.Persoalannya bagaimana jika tiada modal yang besar.

Di Dana2u kami amalkan konsep perkongsian iaitu berkongsi modal,untung dan rugi.Modal para peserta akan digabungkan menjadi satu modal yang besar.Jika anda memasukki pasaran forex dengan modal hanya RM45 risiko hilang modal adalah besar. Sebagai contoh jika 10000 ahli dengan modal RM45 yang disatukan akan terhasil jumlahnya RM45000  Bila modal terkumpul maka peluang untuk keuntungan yang besar adalah cerah.Dana2u mempunyai satu pasukan trader forex yang berpengalaman akan bertindak sebagai pengurus dana ahli yang digabungkan.Keuntungan / kerugian yang diperolehi akan dikongsikan antara semua pemodal  dan pengurus dana.