Analisis Prestasi Sepanjang Tahun 2016

Urusniaga Forex Trading yang dijalankan sepanjang tahun 2016 agak merosot jika dibandingkan dengan tahun tahun terdahulu.Ini disebabkan arah aliran matawang negara G7 berada dalam keadaan tak menentu.Dana Trade Fx melakukan urusniaga dengan cara berhati hati supaya modal yang terkumpul tak mengalami penyusutan.Prinsip yang dipegang ialah “Biar untung sedikit asal modal berada dalam kedaan selamat”.Untuk sepanjang tahun 2016 peratus profit pada kadar 4% sehingga 22% yang dibayar kepada para peserta.Harapan kami para peserta tidak merungut dengan kadar peratusan ini.Kami sedia maklum ada team trader yang menjalankan program sebegini dan mereka mampu bayar sehingga 40% hingga 60%.Kami di Dana Trade Fx sesunguhnya amat mengambil berat mengenai modal peserta daripada cuba untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.Untuk tahun 2017 adalah dijangkakan prestasi yang sama seperti tahun lepas.

Masalah Server

Dalam tahun 2016 Dana Trade Fx ada mengalami beberapa masalah berkaitan server.Banyak data para peserta didapati hilang dan proses pencarian semula dilakukan oleh programmer yang dilantik.Untuk mengelak dari kejadian sama berulang,bermula bulan Dis 2016 kami telah menukar dan menaiktaraf sistem server yang lebih selamat dan stabil.

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia

Pada tahun 2016 Malaysia mengalami kejatuhan nilai matawang.Walaupun kejatuhan ini tidak menjejaskan profit tetapi telah mengakibatkan kenaikan kos pengurusan terutamanya kos deposit dan pengeluaran.Syarikat Forex dan Paypal mengenakan cas bagi setiap kali urusan deposit dan withdrawal.