KONSEP PERNIAGAAN FOREX DALAM ISLAM

Pelaburan dalam Islam semuanya ada syarat dan rukun :-

Konsep Mudharabbah ( Perkongsian berlandaskan syariat )

Contoh : Azhar ada satu perniagaan halal tetapi tak cukup modal atau duit dan dia memerlukkan modal. Sedangkan Jalil ada duit dan dia nak melabur dengan si Azhar. Katakan Jalil hendak melabur USD10K maka Jalil dipanggil sebagai Rabbulmal ataupun Pemberi Modal.

Syarat dalam Islam mestilah :-

1. Meletakkan Nisbah Pembahagian Keuntungan misalnya Azhar 70% dan Jalil 30% atau berapapun dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua pihak maka hukumnya halal.

2. Rabbulmal ataupun Pemberi Modal tidak boleh menetapkkan keuntungan misalnya tiap-tiap bulan saya nak USD5K, maka hukum nya Riba’ dan Haram.

3. Tiada Jaminan Atas Modal yang dilaburkan misalnya modal pelaburan Jalil USD10K kalau rugi maka pelaburan dikira habis atau lenyap.

Dalam Pelaburan Islam, kedua-dua pihak Peniaga dan Pelabur sama-sama kena tanggung risikonya. Sebab Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain.

Misalnya, kita melabur dengan kawan kita di Acheh dan ditetapkan tiap-tiap bulan kita dapat 25%. Tiba-tiba berlaku tsunami di Acheh dan habis semuanya musnah. Kita tidak akan menyangka perkara sebegitu boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berlaku dan kita mesti sama-sama kena berani menanggung risikonya.

Pelabur yang lenyak tidur, tau-tau tiap-tiap bulan 25% duit masuk sedangkan pihak peniaga kalau rugi tak dapat tidur, siang malam asyik memikirkan cara bagaimana hendak bayar 25% kepada pelabur.

Ini yang tidak dibenarkkan dan diharamkan dalam Islam. Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH yang menentukannya.

“Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia berusaha untuk mengubahnya.
Allah itu maha adil dan Islam itu adil”….

“Jadi kalau tak berani tanggung risiko jangan lah nak melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu untuk menambah pendapatan, pun tak kemana juga…………….”.

“Gunung kalau digali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya”.

“Islam menghalalkan jual-beli
tetapi mengharamkan
Riba”.

specific1

Mudharabah ialah perjanjian anatara pemilik modal dan pengusaha dimana pemilik modal bersetuju membiayai sepenuhnya sesuatu projek perniagaan datau pelaburan dan pengusaha bersetuju mengusahakannya secara berkongsi untung dengan nisbah pembahagian untung yang dipersetujui bersama terlebih dahulu.

Merupakan juga satu kontrak perkongsian atau usahasama di antara pemodal yang membekalkan modal dengan pengusaha yang akan menjalankan aktiviti keusahawanan yang boleh menjana keuntungan. Pembahagian keuntungan adalah berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama seperti 50:50, 60:40 dan 70:30. Manakala kerugian akan ditanggung oleh usahawan iaitu ia tidak memperoleh upah dari kerjanya sedangkan pemodal telah kehilangan modal yang disumbangkannya. Perkongsian pintar ini melibatkan pihak yang mempunyai modal tetapi tiada kepakaran dan pengalaman dalam perniagaan dengan ahli perniagaan yang berpengalaman tetapi kurang kemampuan dari segi modal.

Rukun mudarabah ialah;

 

  • Pemodal. Seorang dewasa, berfikiran waras dan sedia menyerahkan modalnya kepada usahawan sebagaimana jumlah yang dipersetujui.
  • Usahawan. Seorang dewasa, berfikiran waras dan boleh mengurus aktiviti ekonomi tanpa campurtangan pemodal.
  • Modal. Bentuk wang tunai yang telah ditetapkan jumlahnya.
  • Projek. Semua jenis aktiviti ekonomi yang halal menurut Islam.
  • Untung. Hak perkongsian antara pemodal dan usahawan. Ia dibahagi dua mengikut nisbah yang telah dipersetujui dalam kontrak.
  • Kontrak. Tawaran dan penerimaan (ijab dan qabul) sama ada secara bertulis ataupun dengan lisan dengan menggunakan bahasa yang boleh difahami oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat.


Syarat-Syarat mudarabah ialah;

 

  • Bentuk modal. Merupakan wang tunai yang ditentukan nilainya dan diserahkan kepada pengusaha selepas akad perjanjian dengan syarat yang telah dipersetujui.
  • Peratus pembahagian untung. Ia ditentukan semasa akad perjanjian.
  • Kerugian. Jika berlaku akan ditanggung oleh pemodal. Sedangkan pengusaha tidak akan memperolehi apa-apa pun jika projek perniagaan mengalami kerugian.
  • Usaha. Projek perniagaan yang dijalankan mestilah halal pada pandangan syarak.
  • Pembubaran. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum kerja projek dilakukan oleh pengusaha.


Manakala jenis-jenis mudarabah terbahagi kepada 2 iaitu;

 

  1. Mudarabah Mutlaqah. Pengusaha mendapat mandat penuh untuk melakukan kerja projek tanpa sebarang sekatan dan syarat seperti masa, tempat, potfolio perniagaan dan pelanggan.
  2. Mudarabah Muqqayadah. Pengusaha melakukan kerja projek dengan sekatan dan syarat tertentu seperti lokasi, jenis potfolio dan masa.


Hukum Mudarabah;

  • Kedua pihak yang melakukan mudarabah mestilah terdiri dari orang yang berkelayakan memberi wakil atau menerima wakil (wakalah).
  • Tidak disyaratkan kedua belah pihak mesti terdiri dari orang Islam. Namun jika terdapat unsur haram seperti riba, kontrak ini tidak diharuskan.


Mudarabah dalam operasi perbankan dilaksanakan dengan persetujuan pembahagian untung rugi di antara bank dan pelanggan dan ia boleh didapati dalam bentuk;

 

  • Akaun Pelaburan
  • Akaun Simpanan Tetap
  • Akaun Pelaburan Istimewa


Kebaikan syarikat mudharabah

  • Mengurangkan pengganguran, memberi peluang pekerjaan
  • Meningkatkan ekonomi
  • Membantu pemodal yang tidak tahu hendak mengembangkan modal
  • Membantu pengusaha yang mempunyai kemahiran tetapi tiada modal
  • Wujudnya kerjasama antara satu sama lain

Keteranganan terperinci mengenai Al Mudharabah,sila baca disini